Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Islam
Tingkatan 5
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Ibadah)
Tajuk : Li'an membela maruah suami isteri
Kelas : 5 Ibnu Baitar
Masa : 11 - 11.40 Pagi
Tarikh : 21.11.2016
Bilangan Pelajar : 29 orang
Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah mendengar tentang kes penceraian
Objektif am : Pelajar dapat memahami konsep lian yang sebenar.
Objektif khas : Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat :
1) menjelaskan proses li'an dengan betul.
2) menerangkan implikasi li'an terhadap suami isteri.
Pengertian Li'an
Dari Bahasa : laknat
Dari Istilah : 1. Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab.
2. Sumpah isteri yang disertakan dengan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya.
Sebab berlaku Li'an
Isteri yang dituduh akan dikenakan hukuman rejam sampai mati jika mengaku salah atau menolak untuk berli'an.
Proses Li'an
Sumpah suami :-
Suami bersumpah dihadapan hakim dengan lafaz :-
"Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan
zina terhadap isteriku adalah benar."
Suami perlu mengulangi lafaz ini sebanyak 4 kali berturut-turut.
Pada sumpah yang ke-5, suami bersumpah dengan lafaz :-
"Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku jika aku berdusta
dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku."
dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku."
Sumpah isteri :-
"Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh
suamiku terhadap diriku adalah dusta."
Isteri perlu mengulangi lafaz ini sebanyak 4 kali berturut-turut.
Pada sumpah yang ke-5, isteri bersumpah dengan lafaz :-
"Sesungguhnya kemurkaan Allah akan menimpa
diriku jika tuduhan suamiku benar."
Implikasi Li'an terhadap Suami Isteri
Suami haram berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya.
Suami terlepas daripada hukuman qazaf.
Isteri akan dikenakan hukuman zina jika tidak menolak tuduhan dengan li'an.
Anak yang dinafikan dalam sumpah li'an ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah.
Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya.
Hikmah disyariatkan Li'an
Isterinya dapat menjaga maruahnya daripada tercemar.
Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya.
video serba sedikit tentang li'an.
terima kasih
ReplyDelete