Saturday, November 26, 2016

UNIT 3 : EDAH PENANTIAN BAGI WANITA



Rancangan Pengajaran Harian 
Pendidikan Islam
Tingkatan 5


Mata Pelajaran               : Pendidikan Islam (Ibadah)
Tajuk                              : Talak jalan penyelesaian terakhir 
Kelas                              : 5 Ibnu Baitar
Masa                               : 11 - 11.40 Pagi
Tarikh                             : 21.11.2016
Bilangan Pelajar             : 29 orang 
Pengetahuan sedia ada   : Pelajar pernah mendengar tentang kes penceraian
Objektif am                    : Pelajar dapat mengetahui tentang iddah
Objektif khas                 : Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat :
                                             1) Pelajar dapat membezakan tempoh jenis-jenis iddah
                                             2) Pelajar dapat menerangkan hikmah iddah





Pengertian Iddah     
                                   




Bahasa : Tempoh pengiraan  

Istilah :  Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.







Jenis dan tempoh Iddah

  • Iddah kematian suami
  • Iddah perceraian


Iddah disebabkan penceraian hidup
Iddah disebabkan kematian suami
Status isteri
Iddah
Iddah
Hamil
Hingga melahirkan anak
Hingga melahirkan anak
Tidak hamil
Tiga kali suci
Empat bulan sepuluh hari
Putus Haid
Tiga bulan
Empat bulan sepuluh hari
Belum disetubuhi
Tiada Iddah
Empat bulan sepuluh hari






Sebab perbezaan tempoh jenis-jenis Iddah

Tempoh jenis-jenis Iddah dibezakan kerana sebab-sebab berikut:


  • Iddah bagi perempuan bercerai hidup


Tempoh Iddah bercerai hidup selama tiga kali suci kerana ia dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih hasil hubungan dengan bekas suaminya. Bagi perempuan hamil tempoh sehingga melahirkan anak adalah cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.

  • Iddah bagi perempuan bercerai mati

Tempoh Iddah selama empat bulan sepuluh hari sesuai bagi isteri yang kematian suami sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.



Sumber : Youtube

  • Iddah bagi perempuan yang belum disetubuhi

Iddah bagi perempuan yang belum disetubuhi tiada beriddah kerana rahimnya bersih daripada benih suaminya.



Hikmah Iddah


Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya, mudah-mudahan dia merujuk kembali isterinya.





Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat.

Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya terutama isteri. Tempoh iddah dapat menenangkan fikiran isteri sebelum memulakan hidup baru.

Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat.




Hak dan Status Isteri Semasa dan Selepas Iddah

Hak Isteri Semasa Iddah
  • Isteri diceraikan suami dengan talak satu atau dua masih di bawah tanggungjawab suami. Isteri berhak mendapat hak-hak sebagaimana sebelumnya seperti nafkah zahir, pakaian, tempat tinggal dan harta perwarisan. Semasa tempoh iddah, isteri dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa keizinannya.
*aurat isteri ketika iddah : 

sumber : youtube

  • Isteri yang dalam tempoh iddah talak ba'in (tidak boleh dirujuk), tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal dan tidak mendapat hak perwarisan menurut jumhur ulama.

  • Isteri kematian suami berhak diberi tempat tinggal selama tempoh iddahnya oleh waris terdekat dengan si mati (suami).

Hak Isteri Selepas Iddah

  • Isteri yang tamat tempoh iddahnya tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya. Dia bebas menentukan kehidupannya sendiri.Mereka berhak berkahwin semula dan boleh dipandang oleh lelaki-lelaki yang ingin memperisterikannya.



Perkara-perkara yang Dilarang Semasa Iddah


Perkara-perkara yang dilarang
Semasa Tempoh Iddah Talak
Semasa Tempoh Iddah Kematian Suami
Peminangan
Diharamkan peminangan oleh lelaki lain secara terang (sorih) dan sindiran (ta’rid).
Diharamkan peminangan oleh lelaki lain secara terang (sorih), tetapi diharuskan peminangan secara sindiran (ta’rid).
Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami
Tidak boleh keluar dari rumah tanpa keizinan suami kecuali keperluan yang dibenarkan oleh syarak.
Tidak boleh keluar dari rumah kecuali kerana keperluan yang dibenarkan oleh syarak.
Menghias diri
Perempuan yang berada dalam tempoh iddah raj’i diharuskan berhias. Perempuan yang berada dalam tempoh iddah ba’in disunatkan tidak berhias.
Diharamkan berhias.
Perkahwinan
Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suaminya.
Haram berkahwin.

Larangan-larangan yang dikenakan ke atas wanita yang beriddah sebenarnya menunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat tentang maruah dan aurat wanita. Apabila peraturan dan hukum ini dijaga, sudah pasti maruah mereka akan terpelihara dan dipandang mulia oleh masyarakat.







No comments:

Post a Comment