Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Islam
Tingkatan 5
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Ibadah)
Tajuk : Talak jalan penyelesaian terakhir
Kelas : 5 Ibnu Baitar
Masa : 11 - 11.40 Pagi
Tarikh : 21.11.2016
Bilangan Pelajar : 29 orang
Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah mendengar tentang kes penceraian
Objektif am : Pelajar dapat mengetahui tentang nusyuz
Objektif khas : Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat :
1) Pelajar dapat menyatakan perkara-perkara yang membawa kepada nusyuz
2) Pelajar dapat menerangkan kesan nusyuz
Pengertian dan Hukum Nusyuz
Bahasa : Derhaka atau Ingkar.
Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.
Hukum : Haram disisi syarak.
Para malaikat melaknat isteri nusyuz sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis berikut :
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ، فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا، لَعَنَتْهَاالْمَلاَئِكَةُ حَتَّىتُصْبِحَ
Maksudnya,“Apabila suami mengajak isteri tidur bersama-sama, isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dengan perasaan marah,malaikat melaknati isteri itu hingga ke pagi”.
(Hadis. al-Bukhari dan Muslim).
"Hadis ini menjelaskan salah satu bentuk nusyuz adalah keengganan isteri melayani suami di tempat tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah mengikut syarak. Bentuk-bentuk nusyuz yang lain ialah isteri melakukan kekasaran kepada suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan dan isteri melakukan kecurangan terhadap suami."
Sumber : Youtube
Perkara yang boleh membawa kepada nusyuz
- Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur (bersetubuh)
- Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab-sebab yang munasabah
- Melakukan kekerasan sama ada dengan perkataan atau perbuatan terhadap suami
- Ingkar perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak
- Membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki rumah semasa ketiadaan suami
Kesan Nusyuz
Kesan nusyuz terbahagi kepada empat, iaitu : kesan terhadap isteri yang nusyuz, suami, keluarga dan masyarakat.
Kesan kepada isteri yang nusyuz
- Hilang hak nafkah daripada suaminya. Sekiranya isteri tersebut bermadu, dia akan kehilangan giliran bermalam bersama suaminya.
*Hak-hak ini hilang sementara waktu sahaja. Apabila isteri kembali mentaati suaminya, isteri itu akan mendapat semula haknya.
- Tidak cium bau syurga di akhirat kelak.
Sumber : Youtube
Kesan terhadap suami
- Merasa tidak dihormati dalam rumah tangga
- Merasa tercabar dan hilang pertimbangan
- Akan bertindak kasar dan menggunakan kekerasan terhadap isterinya untuk melepaskan kemarahannya.
Kesan terhadap keluarga
- Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa
- Jiwa dan minda anak-anak tertekan dengan tindak-tanduk ibu bapa mereka
Kesan terhadap masyarakat
- Hubungan akrab antara keluarga suami dan keluarga isteri akan terjejas
Adab mendidik isteri yang nusyuz
Allah Taala telah mengajar para suami adab mendidik isteri dalam firmanNya dalam Surah An Nisa':34, :
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
“Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya (dengan hukuman tersebut). Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”
(QS. An Nisa’: 34.)
Ayat ini menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh suami terhadap isteri yang nusyuz :
- Memberi nasihat dengan penuh hikmah
Suami wajib menasihati isterinya yang nusyuz dengan cara bijaksana dan mengingatkannya tentang kewajipan kepada Allah, suami dan rumahtangga. Selain itu, suami hendaklah memaafkan isterinya dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepadanya.
- Memisahkan tempat tidur
Jika langkah pertama tidak berjaya, suami hendaklah mengasingkan isteri dari tempat tidurnya, langkah ini mudah-mudahan dapat memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap isteri.
- Memukulnya dengan tujuan mendidik
Islam mengharuskan suami memukul isteri yang nusyuz untuk menginsafkannya tetapi pukulan tersebut tidak memudharatkan.
Sumber : Youtube
No comments:
Post a Comment