Saturday, November 26, 2016

UNIT 1 : TALAK JALAN PENYELESAIAN TERAKHIR





Rancangan Pengajaran Harian 
Pendidikan Islam
Tingkatan 5


Mata Pelajaran               : Pendidikan Islam (Ibadah)
Tajuk                              : Talak jalan penyelesaian terakhir 
Kelas                              : 5 Ibnu Baitar
Masa                               : 11 - 11.40 Pagi
Tarikh                             : 21.11.2016
Bilangan Pelajar             : 29 orang 
Pengetahuan sedia ada   : Pelajar pernah mendengar tentang kes penceraian
Objektif am                    : Pelajar dapat mengetahui tentang talak
Objektif khas                 : Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat :
                                             1) Pelajar dapat menyatakan hukum talak
                                             2) Pelajar dapat membezakan jenis-jenis talak


                                  






MAKSUD

Bahasa  : Cerai atau melepaskan ikatan

Istilah    : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang membawa
                 makna kedua-duanya. 





HUKUM

1) Wajib 

Apabila terjadi perselisihan antara suami dengan isteri dan tidak menemui jalan penyelesaian.

2) Sunat    

Apabila suami tidak sanggup menanggung nafkah isteri dengan sempurna / isteri tidak memelihara kehormatan diri.

3) Makruh

Jika suami menceraikan isteri yang baik.

4) Harus

Apabila tiada persefahaman antara suami dan isteri.

5) Haram

Jika menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang haid atau menjatuhkan talak ketika isteri suci dan telah disetubuhi pada waktu itu.



JENIS-JENIS TALAK

Talak Sunni 
- Talak yang sesuai dengan peraturan syarak
- Talak satu dan dua ketika isterinya suci dari haid /nifas dan tidak disetubuhi 

Talak Bid’ie
- Menyalahi peraturan syarak 
- Talak tiga sekali gus - Atau ketika isteri dalam haid/nifas atau suci dari haid/nifas tapi telah disetubuhi 

Talak Raji’e
- Talak satu dan dua yang boleh dirujuk dalam masa iddah.

Talak Bain 
- Talak yang tidak boleh dirujuk. 
- Terbahagi kepada dua :  

a) Bain sughra – suami tidak boleh rujuk tetapi boleh nikah semula - 
Contohnya : khuluk, fasakh, ila’, talak raji’e yang tamat tempoh iddah dan talak sebelum bersetubuh. 

b) Bain kubra – talak tiga yang mengharamkan suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan. 



RUKUN  DAN SYARAT TALAK


Rukun
Syarat
Suami 
Berakal, Baligh dan Kemahuan Sendiri 
Isteri 
Isteri yang sah dan masih milik suami

Lafaz 
- Mempunyai maksud cerai 

- Terbahagi kepada dua jenis :

          i) Lafaz soreh (jelas) – menggunakan perkataan talak/cerai. Contoh : Aku ceraikan engkau 

       ii) Lafaz Kinayah (sindiran) – memerlukan niat suami. Contoh: Aku bebaskan engkau




Video : Lafaz yang jatuh talak


sumber : youtube



HIKMAH TALAK

1) Memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kesalahan

2) Memberi peluang mencari penghidupan baru

3) Sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang bertengkar



Syukran Jazilan 
:) 







No comments:

Post a Comment