Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Islam
Tingkatan 5
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Ibadah)
Tajuk : Khulu' Bukti Keadilan Islam Terhadap Wanita
Kelas : 5 Ibnu Baitar
Masa : 11 - 11.40 Pagi
Tarikh : 21.11.2016
Bilangan Pelajar : 29 orang
Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah mendengar tentang kes khulu'.
Objektif am : Pelajar dapat memahami mengenai khulu'.
Objektif khas : Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
1) Menerangkan pengertian khulu'.
2) Menjelaskan hikmah disyariatkan khulu'.
Pengertian KHULU'
Dari segi bahasa : mencabut atau meninggalkan.
Dari segi istilah : perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khulu'.
Kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu. Contohnya:
👉 Isteri meminta diceraikan dengan 'tebus talak' sebanyak RM1000. Suami berkata: "Aku talak engkau dengan bayaran sebanyak itu".👈
Apabila berlaku khulu', suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan cara berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru.
Hukum KHULU'
Hukum khulu' adalah HARUS.
Apabila isteri berasa tidak sesuai dengan suaminya dan dia bimbang berlaku derhaka terhadapnya jika meneruskan ikatan perkahwinan, maka isteri boleh mengemukakan tuntutan khulu' melalui mahkamah.
Hikmah Disyariatkan KHULU'
💕 Penghormatan kepada isteri supaya boleh bertindak mengikut undang-undang syarak serta melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan.
💕 Mengelakkan kemungkinan berlaku penderhakaan (nusyuz) daripada pihak isteri seandainya dia terpaksa hidup bersama suami yang tidak disukai.
💕 Mengelakkan sifat ego suami yang suka menyalahguankan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati.
simple sangat , not so informative
ReplyDeleteAt least terima kasih sikit , orang buat dengan titik peluh engkau senang senang kata itu ini . daripada engkau yang mai tgok ja lagila
Delete