Saturday, November 26, 2016

UNIT 4 : FASAKH MEMBENDUNG KEMUDARATAN DALAM RUMAHTANGGA






Rancangan Pengajaran Harian 
Pendidikan Islam
Tingkatan 5


Mata Pelajaran              : Pendidikan Islam (Ibadah)
Tajuk                              : Fasakh Membendung Kemudaratan dalam Rumahtangga 
Kelas                               : 5 Ibnu Baitar
Masa                               : 11 - 11.40 Pagi
Tarikh                             : 21.11.2016
Bilangan Pelajar             : 29 orang 
Pengetahuan sedia ada  : Pelajar pernah mendengar tentang kes fasakh.
Objektif am                    : Pelajar dapat memahami mengenai fasakh.
Objektif khas                  : Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
                                             1)  Menjelaskan sebab-sebab fasakh.
                                      2) Menghuraikan hikmah diharuskan fasakh.









Pengertian FASAKH


Dari sudut bahasa  : batal
Dari sudut istilah    : pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga.



Hukum FASAKH

Hukum fasakh adalah HARUS bagi isteri menuntut fasakh untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak.


Sebab FASAKH


1. Suami tidak memberi nafkah

Isteri berhak menuntut fasakh apabila suami tidak mampu memberi nafkah 'zahir' atau 'batin' kepadanya. Ini disebabkan nafkah merupakan tanggungjawab suami yang paling penting. Jika suami tidak dapat menunaikannya, isteri akan berada dalam kemudaratan.





2. Suami berpenyakit

Apabila suami menghadapi penyakit yang sukar diubati seperti mati pucuk, sopak, kusta dan aids, isteri berhak menuntut fasakh untuk mengelakkan kemudaratan yang bakal dihadapinya.





3. Suami melakukan kezaliman terhadap isteri

Isteri berhak menuntut fasakh apabila suami berlaku zalim keatas isteri seperti memukul dan mengancam keselamatannya.





4. Suami hilang

Isteri boleh menuntut fasakh apabila suami hilang setelah :

Mazhab Hambali : 6 bulan tempoh berlalu berdasarkan amalan Sayyidina Umar Al-Khattab. 
Mazhab Maliki    : setahun
Mazhab Syafie    : 4 tahun

Ini kerana kemudaratan yang disebabkan kehilangan suami adalah sama dengan kemudaratan yang disebabkan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin.





5. Murtad

Apabila suami atau isteri murtad, perkahwinan akan terbubar kerana islam merupakan salah satu syarat sah perkahwinan.







Proses Menuntut FASAKH

  

Isteri menuntut fasakh
             

Pihak mahkamah menyiasat alasan dan bukti yang dikemukakan isteri.
               

Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk perdamaian, mahkamah akan membubarkan perkahwinan mereka.






Kesan FASAKH

👎 Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah.

👎 Mereka boleh berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru.


Hikmah Diharuskan FASAKH

💖 Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan perkahwinan.

💖 Mengelakkan daripada kemudaratan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan.

💖 Peringatan kepada suami agar bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dan keluarga.

💖 Menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental, dan emosi anak-anak.

💖Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad.







No comments:

Post a Comment